Jumat, 07 September 2012

40 keistimewaan wanita muslims



~40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam~


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak pria. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah- olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah
S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang
diuji dengan se Suatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak
terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah S.W.T.
menatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum
air susu ibu
(asi) kepada anaknya daripada badannya
(susu badannya sendiri) akan dapat satu
pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad

25. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumah tangganya akan
masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 malaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang
dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan
rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai
mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-
malaikat dilangit akan khabarkan berita
bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita
memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya yaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.

*Semoga bermanfaat!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar